FB

Facebook Tutorial 3: Macam mana nak buang Page dan Group sendiri? (How to delete an own page and group?)

By iha - 6/16/2012 04:11:00 PM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

Aku tak terfikir akan buat tutorial macam ni sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana nak remove group dengan page sendiri kat FB.. memang aku pernah create page dan group senyap² tapi aku dah menyesal sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak buang balik.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh mintak maaf, terlajak taip boleh delete balik, tapi terlajak create page/group, tak reti nak buang balik! Haishh..



Terima kasih buat sorang member aku yang berani tanya kat aku macam mana nak delete group.. disebabkan soalan tu mampu mencabar kebetinaan aku (bunyi macam kasar je), aku pun CUBA jugak cari macam mana nak buat bende alah tu.. kat mana lagi nak cari selain dari Google kannn.. sekali Encik Google pun tunjuk link Facebook HELP CENTRE.. adeh! Aku lupa pulak Mr.FB ada sediakan 'Help'.. -_-'

Dah akhirnya, aku berjaya jugak tahu macam mana nak delete group kelmarin.. sambil aku ajar kawan aku tu, aku buang group aku sekali.. horayy!! Harini pulak baru aku terfikir macam mana nak delete page.. so aku cari kat tempat yang sama dan aku berjaya lagi sekali nak buang page aku pulak.. horayyyyy..

Ni cara dia..

Nak buang Group:

Step 1: Pergi kat Group berkenaan

Step 2: Klik 'About'

Step 3: Buang semua ahli yang ada dalam group tersebut.. pastikan korang adalah pemilik group tu sebab hanya admin yang boleh buang ahli.. tolong jangan aniaya group kawan korang ok..

Step 4: Kalau dah buang semua ahli, baru buang diri sendiri dari group tu.. nanti automatik group tersebut akan dibuang sekali.. tapi kalau korang buang diri korang dulu dari group tu walaupun korang adalah admin dan pencipta sendiri, group tu still akan wujud dan akan dikira korang yang keluar sendiri dari group berkenaan..

Ada faham ka? Tak faham buat² faham je ok.. :b

Cara buang Page pulak:

Zaman sekarang page akan jadi Timeline dan nampak serupa macam account kita cuma content je lain²..

Step 1: Klik 'Edit Page' kat bawah cover photo page (kalau ada cover photo laa)

Step 2: Pilih 'Manage Permissions'

Step 3: Tengok dalam banyak² benda yang dia merepek, kat bawah sekali tu mesti korang ada nampak 'delete' kan?

Selebihnya korang belajar sendiri.. lol

Sebenarnya FB dah sediakan Help Centre.. cuma kita je yang malas atau rajin nak tanya.. ^^

Selamat Mencuba!!

  • Share:

You Might Also Like

0 Geng Banyak Bebel