FB

Facebook Tutorial 7: Gambar Login Facebook Boleh Ditukar?

By iha - 7/21/2012 02:45:00 PM

Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Puasa pertama ni memang mencabar keimanan sikit. Waktu ni la perut terasa lapar sangat. Selama ni aku TERskip makan lebih 12 jam ok pulak. Tapi baguslah, tak adventure puasa kalau tak ada dugaan. Cuba berzikir untuk elakkan merungut lapar lagi. Ayat ni untuk aku sendiri sebenarnya tapi kalau ada yang senasib dengan aku sekarang ni jom berzikir.. :)


Aku rasa tutorial kali ni boleh buat orang tertarik walaupun mesti tak ada sesiapa yang komen kat blog aku ni, wuwuwu.. tapi takpe, yang penting aku tengah sudi nak ajar korang. Aku pun baru je tahu malam tadi masa merayau kat FB. Tapi ingat, tuto kali ni cuma boleh digunakan kat Google Chrome je tau.

Mula-mula, cuba hangpa semua tengok gambaq ni sat.


Tadaa, magic tak saya? Tuto kali ni aku nak ajar macam mana nak tukar gambar login FB yang warna biru tu kepada gambar-gambar lain. Korang pun mesti dah muak tengok colour biru je kan. Let's learn it!

1. Korang kena download dan install extensions Chrome dulu iaitu FB Refresh .

2. Bila dah setel, korang akan nampak gambar background FB yang mostly colour hijau dan hitam. Aku takut tengok gambar tu padahal bukan gambar hantu pun..  Jadi kalau korang tak suka background tu sebab takut macam aku jugak, klik kat atas Log in. Aku dah tukar gambar ni siap-siap, takut la katakan....


3. Seterusnya korang akan nampak Options. Ni antara pilihan yang disediakan. Rasanya tak perlu jelaskan tapi tiba-tiba aku rasa rajin nak menaip. Tak payah baca kalau korang dah pandai dan anggap ni sebagai rujukan sahaja. Boleh skip ke nombor 4 terus.

i) Image URL/Upload: Korang boleh muat naik sendiri gambar yang korang nak dan boleh jugak cari kat Google. Pilih gambar yang bersaiz 1366 x 768 untuk dapatkan resolution yang cantik. Klik kanan dan pilih Copy image URL. Dah copy tu kena la paste kannn. Tulisan merah tu pulak merupakan amaran kepada gambar yang kita pilih. Ini kerana apa saja gambar yang kita upload, ia secara automatik akan dipaparkan di laman web imgur.com. Sesiapa yang nak tau imgur tu apa pergi tengok dan boleh register sekali (TERpromote website lain la pulak).

ii) Repeat: Untuk ulang gambar yang sama. Sesuai untuk resolution gambar yang kecik.
Repeat X - Melintang
Repeat Y - Menegak

iii) Size: Tak payah jelaskan kot. Benda paling senang ni. Korang boleh faham kan kan kan.. (boleh pulak tak nak ajar)

iv) Logo Style: Kalau korang tandakan kotak Enable dark logo tu, automatik tulisan Facebook kat tempat Log in nanti akan bertukar warna hitam.

v) Box Color: Warna kotak tempat Log in. Nombor kod FFFFFF tu warna putih, sebab tu kotak FB tu jadi putih, kalau nak tukar warna lain silakan Tuan/Puan sekalian.. boleh klik je kat kod tu. Nanti akan keluar pilihan warna powjaan hati korang.

vi) Label Color: Yang ni warna tulisan. Kalau tak berkenan boleh tukar sama macam Box Color tadi tu jugak.

vii) Image Search: Haa, ni tempat paling senang korang nak cari gambar kat Google. Mana yang takut gambar sebenar korang terpampang kat imgur.com tu boleh la cari virtual picture kat sini. Malam tadi aku klik chocolate, nampak bebeno dalam ketakutan.. nanti akan keluar gambar yang kita cari dalam saiz yang dah ditetapkan (1366x768). Bila dah copy URL, baru korang paste kat yang atas sekali tu okeh. Jangan cakap korang tak tau atas sekali yang mana satu.

4. Video kat bawah ni boleh tunjukkan cara-cara nak tukarkan rupa paras Facebook jadi lagi cantik. Mana yang rasa tak berapa faham dengan keterangan makcik Iha tadi boleh check kat sini pulak.


Anak Pak Meon lahir kat Cuba,
Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 Geng Banyak Bebel