Lifes: Zaman Sekolah Part 4: Dihina (sad story)

By iha - 9/14/2012 01:46:00 AM


Peace be upon you..

Dihina? Apa maksudnya?

Rasanya aku bukan cikgu BM, jadi tak perlu jelaskan dan aku tahu pembaca dan followers pandai2 belaka maksud D i h i n a.

Ini bukan cerita meminta simpati, tapi aku ada simptom cepat hilang ingatan. Jadi lebih afdal aku kongsikan pengalaman aku masa hingus meleleh (perumpamaan je, aku pembersih okeh) dari TERlupa. Harap jangan ada yang salah anggap dengan entri kali ni. Eleh, bunyi macam pemes sangat je blog aku. Visitors pun berapa kerat je.

To be honest, aku seorang yang bernasib baik sebab orang sekeliling aku jenis yang menghormati + memahami dengan keadaan aku. Sokongan dari setiap aspek sentiasa ada untuk aku macam kewangan, kasih sayang, kata2 semangat dan lain2. Cuma tak semestinya seumur hidup kita akan jumpa orang yang boleh menyenangkan hati kita. MESTI sekurang-kurangnya sekali kita akan berjumpa dengan orang yang bersifat opposite dari kita.

Kisah I


Cuba tengok gambar dibawah:



Okeh, sila jangan kutuk hasil lukisan aku. Bukan senang aku nak lukis pakai Paint. Ni sebab takde Photoshop la aku jadi rajin melukis secara manual.

Gambar ni masa aku nak balik sekolah. Biasanya aku akan lalu ke kantin dan berjumpa dengan budak2 Tahap 1 (7,8,9 tahun). Tapi dalam banyak2 hari yang aku lalu, haritu agak sedih sikit la sebab pertama kali kena ejek dengan budak2. Masa tu murid2 tahap 1 memang ramai dan susah nak lalu. Bila diorang nampak 'kenderaan' yang aku guna tu apa lagi, kena gelak kaw2 la kan.

Sedih tu tak payah nak cakap la, tapi dulu aku jenis tak berani nak luahkan perasaan sedih. Kalau ada orang ejek aku tetap akan tersenyum. Bersih betul hati aku dulu tak macam sekarang. Jadi aku tetap tersenyum kat budak yang mentertawakan aku.

Masa dah balik rumah, mak cakap: "Mak minta maaf sebab tak dapat nak tolong kamu tadi. Abah dah tunggu kat kereta. Kalau tak mesti mak dah langgar diorang terus. Mak nak gunting mulut diorang sekali."

Serius aku sebak masa tu!

Sebenarnya aku dah lupa kisah ejek tu, maklumlah budak2 lagi. Bukan reti berdendam. Tapi bila mak cakap balik aku rasa macam nak menangis. Nak menangis sebab teringat budak2 tu gelakkan aku dan nak menangis bila mak cakap macam tu. Tapi tak menangis pun, berjaya jugak aku control macho.
`
Kisah II


Ni merupakan pengalaman masa aku berumur 12 tahun. Yup, masih guna kereta sorong (baby troller) ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. Dengan badan yang dikira kecil + rambut bertocang membuatkan orang ingat aku masih budak bawah 10 tahun.

Masa tu nak pergi sekolah, sementara abah panaskan enjin kereta, kitorang (aku dan mak) duduk kat luar kedai runcit. Ada seorang makcik ni pandang aku semacam. Senang cakap dia macam ada perasaan curious sikit mengenai aku. Dia tanya umur aku. Takkan aku nak menipu pulak kan so aku cakap je 12 tahun.

Tak lama kemudian dia gelak. Dia bukan gelak terhibur tapi gelak mengejek. Aku pelik, tapi riak wajah aku kawal hensem2 lagi. Dia gelak tak henti2 lepas tu cakap macam kat dalam gambar tu. Aku tergamam tapi masih tersenyum dan tersengih macam strawberi busuk. Haha..

Dalam hati aku rasa sedih, kalau budak aku faham la jugak. Budak tak semua benda boleh berfikir secara waras. Jadi aku tak simpan apa2 pasal kes tu. Tapi makcik ni? Aku nampak muka dia macam lebih berusia dari mak aku. Kalau macam tu mesti dia dah lama hidup kat muka bumi ni. Jadi kenapa pemikiran dia macam 'pelik'? Tak boleh ke dia tanya kenapa aku pakai 'kenderaan' tu.

Diorang ingat aku suka pakai kereta sorong dalam usia 12 tahun? Aku rasa tak ada orang pun tanya aku selesa ke duduk kat dalam tu. Tak ada langsung yang tanya. Tapi macam aku cakap tadi, aku tetap tak simpan dendam kat makcik tu cuma terasa hati dengan gelak tawa dia.

*sedih bila teringatkan balik*

Kisah III



Diulangi, aku memang tak reti nak pakai Paint. Aku harap korang buat2 faham jela dengan lukisan cermin mata tanpa bingkai dan kepala cikgu tanpa tubuh badan. Haiyoo seram maa..

Gambar diatas adalah seorang guru yang pernah mengajar aku satu ketika dulu. Demi tidak mahu mengaibkan beliau, aku tidak menyebut nama dan subjek yang dia mengajar dulu. Tapi aku perlu jugak kongsikan kisah ni supaya yang lain ambil pengajaran.

Aku tak tahu apa silap aku, cikgu ni selalu tak puas hati dengan aku. Ada sekali tu dia marah aku kuat2 kenapa belajar sambil terkangkang. (macam lawak lak bunyi dia) Aku malu gila waktu tu. Boleh je kot kalau dia marah aku dengan nada perlahan. Sebenarnya aku tak tahu sama ada secara sengaja atau tidak, dia patutnya dah nampak 'gaya' tak semenggah aku tu dari dulu lagi. Bermakna aku bukan sengaja buat aksi tak senonoh macam tu.

Macam ni rupa kaki aku dulu:


Err, saiz paha dan kaki aku sebenarnya sama je cuma aku yang tak reti nak lukis. -_-"

Tapi korang boleh nampak kan macam mana kaki aku bengkok dulu. Sangat sukar untuk aku kepitkan kaki aku macam biasa memandangkan bentuk kaki yang tak berapa stabil. Selalunya kat bawah kaki aku akan dilapik dengan bantal yang lembut.

Tu yang aku pelik, kenapa dia marah aku dengan nada yang agak tinggi. Tapi dia cikgu, aku tetap kena hormat dia.

Tak lama kemudian, bila subjek dia tiba je dia jarang muncul kat kelas. Rupa-rupanya dia malas nak turun ke kelas aku dan dia nak ajar budak2 naik ke tingkat atas. Tiap kali subjek dia, aku langsung tak belajar senang cakap. Belajar sendiri dari rumah, result periksa aku selalu gagal dalam subjek tu. Subjek lain semua aku lulus cuma yang tu je tak lepas.

Sampai kawan baik aku ada cerita macam mana cikgu tu maki aku. Antara makian dia macam kat gambar tadi la. Sebenarnya panjang jugak dialog dia tapi aku dah set kat otak aku yang aku kena lupakan ayat tak baik tu. Cuma yang aku tulis tu la sampai sekarang aku tak boleh nak lupa. Sejujurnya, saya terasa..


Tapi Alhamdulillah, keputusan UPSR aku memang agak baik walaupun bukan kategori cemerlang. Subjek tu pun aku berjaya dengan mendapat lulus hasil belajar sendiri. Dan beberapa bulan sebelum UPSR baru aku dapat tau rupanya cikgu tu sakit. Dia nak berjalan pun terpaksa kangkang. Kesian jugak tengok (diulangi, masa tu hati aku suci tak macam sekarang) tapi nak buat macam mana, aku tau cikgu tu benci kat aku.

Tiba2 satu hari yang tak disangka, cikgu tu dengan ramahnya menegur mak aku dan tanya khabar tentang aku. Aku terkejut, rasanya dia selalu mengelak kalau nak jumpa aku. Aku yang masih naif pun buat macam biasa jela.. bila dah sampai rumah, mak aku bagitau yang mungkin cikgu tu baru tau dan faham macam mana keadaan aku yang sakit. Bak kata orang dapat balasan cash.

Bagi aku tu mungkin kebetulan je. Yang penting aku tak doakan yang bukan2 buat cikgu tu. Beberapa tahun kemudian, adik aku pulak bersekolah kat situ dan dia pun kenal cikgu tu. Aku tau budak2 sebaya adik aku mengejek cara cikgu tu berjalan. Tapi aku tegaskan kat adik aku jangan ejek cikgu tu sekali. Sebab aku faham bila kita kena ejek macam mana rasanya..

Masa aku taip ni, memang aku rasa sedih tahap gaban dah. Tapi sedih je, tak menangis pun. Bila fikir balik hati aku memang baik sangat dulu. Tak macam sekarang. Kalau jadi perkara macam ni mesti aku berdendam dengan orang tu.

Aku harap dengan perkongsian kali ni tak menimbulkan salah faham sesiapa. Hanya sekadar berkongsi. Nak cerita kat orang tak berani sebab takut menangis ala2 soprano. Haha..

Next time, aku nak cerita macam mana aku berniaga kat sekolah dulu. Bunyi macam bagus, tapi jalan ceritanya memang tak bagus! xD Chow!

  • Share:

You Might Also Like

12 Geng Banyak Bebel

  1. Pengalaman pahit mampu mematangkan lagi kehidupan kita.

    ReplyDelete
  2. heheh..ade jugak pengalaman kena hina ni..tapi bukan sorang la..satu kelas..sebab asyik kalah je main bola dengan budak kelas tak pandai..

    ReplyDelete
  3. @Nick Nashram

    ooo yeke.. sekarang MESTI dah pro main bola kan? hehe..

    ReplyDelete
  4. salam akak, best baca kisah akak ni, syabas akak, tu la, Allah kasi cash la kot kan, tak pun nak kasi engajaran kat org lain.. Moga akak terus tabah, Allah sayangkan akak, sebab tu Allah kasi akak ujian, dan Allah tau akak kuat, kalau saya, maybe tak sekuat akak..

    salam ukhuwah akak (^__^)

    ReplyDelete
  5. @trah zain

    Wa'alaikumussalam.. thanks atas kata2 yg mampu membuatkan iha terharu tahap gaban! Bukan iha je yg ada ujian mcm ni, Trah pun nanti mesti ada ujian hidup yg lebih extreme.. apapun moga kita berada dijalan yg lurus dalam hidup walau apapun jadi.. :)

    ReplyDelete
  6. Speechless. harap awak bersabar k,,,

    ReplyDelete
  7. ya allah cikgu tu....haishhh sabar je lah....wa dgr citer lu ni pon rasa menyirap mcm minum air sirap...haha

    ReplyDelete
  8. @Hatimi Tahirruddin

    Weewitt pantun dua kerat ek brader? hahah..

    ReplyDelete
  9. salam..setiap ujian mematangkan kita. Mamahanny selalu merasa dugaan yg tuhan turunkan buat mamahanny amat berat sekali tapi bila mamahanny baca entry ini..keinsafan bersarang di hati..bukan kita aje yg di timpa ujian..ada ramai lagi yg lebih berat ujian yg di alami tapi dapat hadapi dgn tabah..

    ReplyDelete
  10. Ciannya Iha...jangan risau sayang..Dunia ni bkn syurga..insylh bahagia sebenar untuk Iha d syurga :'(

    ReplyDelete