Assalamualaikum..
Rindu jiran-jiran blog.
Bismillahirrahmanirrahim.. terketar-ketar tangan aku ketika menaip akibat sindrom kekok + kaku setelah hampir 3 bulan tak update blog. Dan aku sendiri tak faham apa yang aku taip sekarang. -_-'
Untuk korang yang dah tak ingat siapa aku ni, meh nak bagi intro balik. Nama aku Iha Zaliza, nama sebenar Siti Nurhaliza Fazali. Tolonglah percaya.
Ohhh budak tu. Yang dulu suka sangat tulis entri merepek tu kan?
Ha'ah. (bangga)
Mana menghilang? Lupa password blog ke??
Hampir-hampir lupa la jugak memandangkan panjang password aku sebanyak 26 huruf. Tapi bukan tu sebab utamanya pun kan aduyai (tiru Johan).
Habis tu, pasaipa pulak?
*Sigh*
Siti Nurhaliza Fazali, awat mengeluh pulak nih?
Mana ada mengeluh, bunyi hingus tadi.
(Geram) haih tak kisah la. Habih tu kenapa lama senyap?
Macam ni, aku ni manusia jugak. Manusia akan sentiasa diuji sepanjang dia masih hidup.
Er.... okey teruskan..
Keadaan sangatlah tak sesuai untuk aku aktif dalam blog. Hidup aku sepanjang dua bulan lebih ni mungkin boleh hasilkan mini novel dan gerenti orang yang baca akan menangis.
Tapi, aktif kat blog tak semestinya kena ceritakan 'mini novel' tu kan?
Heh, perempuan. Orang perempuan bukan macam orang lelaki. Selalunya orang perempuan akan jadikan blog dia sebagai online diary. Aku takut nanti aku akan masukkan mini novel (cerita peribadi) kat dalam karier (blog) kalau aku aktif. Kalau aku update sekalipun, belum tentu aku akan ada masa untuk blogwalking balik kat blog kawan-kawan.
*Banyak pulak cakap perempuan ni* So, lepas entri ni publish, kau akan aktif balik ke?
Tak kot, cuma nak update untuk beritahu yang aku sihat dan sekuat TIGER. Insya Allah, lepas ni aku akan update macam biasa. Err tapi jangan tanya bila :D
Hmm, kau tak rindu kat kawan-kawan blog ke?
Mestilah rindu beb. Ada seorang dua yang selalu ada waktu aku susah. Miss them a lot. Rindu nak taip komen yang berunsur lawak tak semenggah kat blog hangpa. Rindu nak jadi top commentator (aka Hantu Komen). Insya Allah, akan ada masa untuk tu nanti.. :)
Pageviews menurun, tak takut ke?
Erk takut jugak. Tapi dalam hidup ni kita kena fikir mana yang lebih penting nak kena uruskan. Lagipun buat masa ni ramai yang hantar mesej kat Fanpage mintak tutorial pelik-pelik lepas jumpa blog aku. Kira ada la jugak tu kan.. eh dahlah, penat aku jawab soalan tak menguji minda ni.
Suka ayat ni tapi takde kena mengena dengan aku.
Takde kena mengena jugak. Tepekan gambar semata-mata.