Lifes: Berbual dengan Profesor dan Wanita Jepun

By iha - 2/06/2013 08:45:00 PM

Assalamualaikum, hey all!


Sebagai rakyat Malaysia, umum kita tahu bahawa sejarah negara kita suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh orang Jepun.

Mana yang pernah berada pada zaman itu, SAH-SAH takkan bagi kita berkawan dengan diorang lagi. Kalau aku ada waktu tu pun akan cakap macam tu jugak.

Tapi, sejak negara kita merdeka dan memandangkan sekarang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun terlalu baik membuatkan aku teringin kongsikan sesuatu kisah yang tak berapa menarik tapi WAJIB korang baca kalau nampak entri ni (ugut le pulak si Iha ni).

Sejak dari kecik (dari segi usia dan fizikal) dulu lagi aku pernah cakap, negara yang teringin aku lawati adalah Jepun. Bak kata mak aku, otak aku masih dijajah oleh negara luar, wuwuwu.. -_-

Sekarang ni kira dah kurang sikit tahap keobsesan aku terhadap negara matahari terbit itu. Kalau dulu, pantang nampak huruf J, E, P, U, N, mesti over gila aku nak ambik tahu. Mungkin sejak pandai pakai internet, so tak ada masalah kalau nak belajar apapun mengenai Jepun.

Aku ada kelemahan dalam bahasa Inggeris, sungguh tak dinafikan. Tapi aku BELAJAR jadi orang yang memahami English dulu kemudian baru belajar cara susun ayat. Kalau nak belajar sesuatu bahasa tu dengan cepat, hanya perlukan DUA cara sahaja. Ehh banyak cara sebenarnya, tapi nak tekankan cara paling mudah sekali.

1. Berkawan dengan orang yang TERAMAT fasih bahasa Inggeris. Pastikan dia fasih bahasa Melayu, kalau tak susah jugak nak translate nanti.
2. Sembang dengan WHITE PEOPLE (omputih) terus.

Dulu aku selalu cari kawan yang pandai speaking, kalau tak tahu maksud terus tanya diorang. Sekarang aku dalam proses gunakan nombor dua kat atas ni. Berinteraksi dengan mat saleh memang boleh membuatkan aku belajar bahasa Inggeris dengan pantas lagi tangkas dan lekas (saja ikut rima ayat).

Sebenarnya Bahasa Inggeris bukan point utama aku untuk tampilkan dalam kisah ni tapi konsep dia sama macam bahasa Jepun (nihongo) yang ingin aku sampaikan.

Mula-mula aku belajar jugak melalui drama dan lirik lagu Jepun. Lepas tu bukak belog-belog yang ada ajar bahasa tu sekali. Tapi akhirnya, aku cabar diri aku sendiri untuk menekan butang add pada mana-mana rakyat Jepun di Facebook.

Orang pertama aku kenal adalah Profesor di Universiti Meiji. Alhamdulillah, beliau tak sombong, siap bagi lagi kalau aku panggil dia uncle. Memandangkan dia profesor, jadi Uncle Hide ni bolehlah speaking dan kebanyakan status kat FB dia, mesti post dengan dwibahasa (Japanese-English).

Apa yang aku nak tahu mengenai negara dia mesti aku akan tanya direct. Memang best dapat berkongsi budaya dan bersahabat dengan rakyat yang berbeza negara.

Tetapi akhir-akhir ini, aku berkenalan dengan seorang wanita Jepun berusia 43 tahun.

Sedikit mencabar sebab beliau tak tahu bahasa Inggeris. Habis tu, botak la aku nak cakap dalam bahasa Jepun. Huhu..

Tapi aku cuba beralah, cakap yang basic dalam bahasa Jepun dan beliau pun berusaha taip dalam romaji. Bagus kan? Soalan yang buat aku terkesima kejap adalah:

ma-raion kireidesita matimo suigara kinsidakara kirei desuyone?

Dia dah tanya pasal menara (berkembar), aku pun cubalah promote negara kita. Terharu beb! Bila aku kenalkan diri yang aku ni rakyat Malaysia, automatik dia tahu pasal keistimewaan negara kita iaitu mengenai menara berkembar KLCC.

Lepas ni aku nak belajar bahasa Perancis pulak. Kawan-kawan blogger, doakan aku ya. Walaupun aku tak dapat sambung belajar buat masa ni tapi aku tengah berusaha belajar sendiri melalui internet. Ilmu itu luas, aku akan buktikan budak (budak kerr) macam aku ni pun boleh kejar kejayaan macam geng-geng sebaya yang lain.. :)

  • Share:

You Might Also Like

6 Geng Banyak Bebel

  1. hikhik.. ena dari dlu sampai sekarang mengidam sangat2 nak pergi Jepun.. sebab ena suka anime.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. @✿A I N A A✿

    TU LA PASAL! Sebab anime la kita boleh dapat penyakit macam ni.. haha..

    ReplyDelete
  3. wah nak belajar bahasa perancis ek...tu mmg mencabar tu....

    ReplyDelete
  4. @Hatimi Tahirruddin

    Berkat takleh sebut huruf R la ni plan nak belajar bahasa Perancis.. haha..

    ReplyDelete
  5. wah semua nie pengalaman ... hehehe tpi apa pon bahasa jepun tak susah sangat .. acik tahulah sikit2 sebab belajar

    ReplyDelete
  6. @Aku Penghibur

    wahh best ni.. nanti nak mintak tunjuk ajar kat acik la.. :)

    ReplyDelete