Assalamualaikum..
Kelmarin masa dating dengan mak, ada la satu perbualan yang ringkas (tak termasuk gosip selama 2 jam)..
Aku: Mak tau tak kalau setiap hari Rabu, blogger akan buat entri Wordless Wednesday.
Mak: Tau, jadi? (hebat kan mak aku, dia tau je pasal blog)
Aku: Jadi, orang rasa nak cari kelainan sikit la. Ingat nak buat tajuk entri yang lebih kurang macam tu tapi pada hari yang berbeza. Masalahnya takde idea pulak.
Mak: ....
Aku: Contohnya la, hari Khamis kita buat Talkless Thursday. Jumaat apa pulak?
Mak: Bla bla bla bla bla bla bla..
Aku: Ha'ah la.. mak memang osem tau. Terima kasih!
Kalau mak baca blog aku ni mesti beliau bangga tahap gaban. Maka aku kena buat keputusan untuk sorokkan entri ni dari beliau buat sementara waktu, haha..
Hatta maka, aku senaraikan kat sini antara cadangan aku dengan mak mengikut nama baru dan tujuan pada hari tersebut:
Monster Monday
Entri yang mungkin gila-gila sebab nak bagi 'mood' pada pekerja dan pelajar untuk hari pertama yang agak tertekan.
Talkative Tuesday
Nak taip entri panjang-panjang pun lantak pi la.. :D
Wordless Wednesday
Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu aku jelaskan, hehe..
Treasure Thursday
Tipu la kalau takde pengalaman berharga/bermakna dalam hidup kita kan. Mungkin kita boleh kongsikan sama-sama..
Fadhali Friday
Ni aku cuba jugak cari nama-nama yang best kat Google. Dan aku tertarik dengan nama Fadhali. Fadhali bermaksud kelebihan ataupun keutamaan dalam bahasa Arab. Nak publish entri yang berilmiah + Islamik sikit. Kira dalam blog macam tak lengkap pulak kan kalau tak berdakwah.. :)
Searching Saturday
Maksudnya bukan mencari sabtu ye. Entri yang lebih kepada info kot (ada pulak 'kot'). Tapi seboleh-bolehnya taknak formal/rasmi sangat. Contoh dalam info tu kena ada humor sikit-sikit ke dan tak terlalu panjang. Hujung minggu macam bosan pulak kalau nak letak entri skema kan..
Songlist Sunday
Aku tak rasa entri ni aku akan taip panjang-panjang. Tapi berkemungkinan akan letak senarai lagu yang aku suka dengar dalam minggu tu dan aku akan jelaskan serba sedikit kenapa aku suka layan lagu tersebut.
Haa over tak aku ni? Sila komen dan tegur kalau rasa idea aku ni langsung tak bernas, tak janji lagi bila boleh rasmikan nama-nama ni. Mungkin bila otak dah blur baru boleh gunakan agaknya. Kalau ada sesiapa yang TERtarik dengan nama-nama tu dipersilakan untuk merasmikannya dulu (haha ayat budak bajet hot)..
P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..
P/s: Malas nak publish komen buat sementara waktu.. sebab lepas publish je entri ni, aku nak sambung rehat balik.. tuan puteri nak beradu 5 hari 5 malam, hehe..