Lifes: Where Are You, Iha Jalija?

By iha - 9/07/2013 11:13:00 PM

Assalamualaikum..

Rindu jiran-jiran blog.

Bismillahirrahmanirrahim.. terketar-ketar tangan aku ketika menaip akibat sindrom kekok + kaku setelah hampir 3 bulan tak update blog. Dan aku sendiri tak faham apa yang aku taip sekarang. -_-'

Untuk korang yang dah tak ingat siapa aku ni, meh nak bagi intro balik. Nama aku Iha Zaliza, nama sebenar Siti Nurhaliza Fazali. Tolonglah percaya.

Ohhh budak tu. Yang dulu suka sangat tulis entri merepek tu kan?

Ha'ah. (bangga)

Mana menghilang? Lupa password blog ke??

Hampir-hampir lupa la jugak memandangkan panjang password aku sebanyak 26 huruf. Tapi bukan tu sebab utamanya pun kan aduyai (tiru Johan).

Habis tu, pasaipa pulak?

*Sigh*

Siti Nurhaliza Fazali, awat mengeluh pulak nih?

Mana ada mengeluh, bunyi hingus tadi.

(Geram) haih tak kisah la. Habih tu kenapa lama senyap?

Macam ni, aku ni manusia jugak. Manusia akan sentiasa diuji sepanjang dia masih hidup.

Er.... okey teruskan..

Keadaan sangatlah tak sesuai untuk aku aktif dalam blog. Hidup aku sepanjang dua bulan lebih ni mungkin boleh hasilkan mini novel dan gerenti orang yang baca akan menangis.

Tapi, aktif kat blog tak semestinya kena ceritakan 'mini novel' tu kan?

Heh, perempuan. Orang perempuan bukan macam orang lelaki. Selalunya orang perempuan akan jadikan blog dia sebagai online diary. Aku takut nanti aku akan masukkan mini novel (cerita peribadi) kat dalam karier (blog) kalau aku aktif. Kalau aku update sekalipun, belum tentu aku akan ada masa untuk blogwalking balik kat blog kawan-kawan.


*Banyak pulak cakap perempuan ni* So, lepas entri ni publish, kau akan aktif balik ke?

Tak kot, cuma nak update untuk beritahu yang aku sihat dan sekuat TIGER. Insya Allah, lepas ni aku akan update macam biasa. Err tapi jangan tanya bila :D

Hmm, kau tak rindu kat kawan-kawan blog ke?

Mestilah rindu beb. Ada seorang dua yang selalu ada waktu aku susah. Miss them a lot. Rindu nak taip komen yang berunsur lawak tak semenggah kat blog hangpa. Rindu nak jadi top commentator (aka Hantu Komen). Insya Allah, akan ada masa untuk tu nanti.. :)

Pageviews menurun, tak takut ke?

Erk takut jugak. Tapi dalam hidup ni kita kena fikir mana yang lebih penting nak kena uruskan. Lagipun buat masa ni ramai yang hantar mesej kat Fanpage mintak tutorial pelik-pelik lepas jumpa blog aku. Kira ada la jugak tu kan.. eh dahlah, penat aku jawab soalan tak menguji minda ni.


Suka ayat ni tapi takde kena mengena dengan aku.


Takde kena mengena jugak. Tepekan gambar semata-mata.



  • Share:

You Might Also Like

21 Geng Banyak Bebel

  1. hooo.. patutlea lama x denga berita iha.. ingatkan dah lupa teman.. hu3.. selalu ada jugak nampak iha singgah n komen blog teman.. pastu dh xde.. ingatkan majok ke apa.. heeee.. jangan menghilang lagi tauuu

    ReplyDelete
  2. Ihaaaa...akhirnya muncul juga..Alhamdulillah dia Iha masih boleh taip entri.. semoga dik Iha sihat selalu.. nanti kak Jhaa bagi hadiah lagi semoga sihat selalu..hehe

    ReplyDelete
  3. cik akak pun heran juga...lama betol adik menyepi...adik sihat ke ? cik akak rindu adik...ada cari kat google email...kononnya nak chat..tapi adik tak de :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..iha :)

    lama kan iha x update entri..

    mungkin kedaan iha x mengizinkan..semoga iha akan terus update entri dan diberi kesihatan utk itu...insya Allah. :)

    ReplyDelete
  5. Hahaa.. sama lah kita iha.. rasanya banyak yang sy nak tulis dalam blog tp... rasa ade benda lain yang lagi penting kena fokuskan dulu.. hehe.... semoga cepat siap novel tu ya.. :)

    ReplyDelete
  6. slow2 bangkit. lama2 hilangla kebas nak menaip apa kt blog ni :)

    ReplyDelete
  7. hehe baru sempat baca entri ni...tu lah hilang lama sangat sampai nama sendiri pun dah jadi siti nurhaliza fazali...wakkakaa

    ReplyDelete
  8. lama giler tak singgah sini..haishh..

    ReplyDelete
  9. Lamanya x dengar citer dia. Apa khabar ? :) ingat SM x? :D

    ReplyDelete
  10. iHA... How r u dear?lama x jenguk blog ni.akak pun lama tak update blog hehehe

    ReplyDelete
  11. Hye Assalammuaalaikum. Saya tag awak dalam 3 giveaway ni :)

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/anniversary-giveaway-by-anadiera.html

    http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/10/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html

    ReplyDelete
  12. bila kah anda nak hapdet blog...hehe..
    :)

    ReplyDelete
  13. mcm sama je ... okay kite geng :P haaha

    ReplyDelete
  14. salam..dear mcm mne nk buat template blog cmni? follow me :-) http://aliyahsyofia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Saya pun baru jer berblog balik lepas berhenti dalam dua tahun macam tu , memang kekok sekarang nie .

    By the way take your time .... bila mood dah baik berblog lah balik .

    ReplyDelete
  16. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  17. Salam kenal n follow uuuuu
    www.notashalimar.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. hai singgah sini. baru ja masuk ke blog ni.
    banyak sungguh soalan tapi dia sendiri jawab noo
    takpa janji hati gumbira

    ReplyDelete
  19. Nak cakap... I miss u... Lama gila tak nampak..
    Whatever the reason is/was, be happy hokkey..

    ReplyDelete