Assalamualaikum..
Untuk korang yang dah lama kenal aku, mesti korang tahukan yang aku suka menulis cerpen yang tak best, haha.. 29 Disember lepas, cerpen keempat aku iaitu Cahaya Bidadari telah disiarkan di Penulisan2u. Ini adalah satu-satunya cerita yang paling serius pernah aku karang. Tak tidur malam sambil kerut kening sebab buat rumusan pasal tempat menarik di Australia.
Aku nak orang membaca dengan ilmu, bukan untuk suka-suka. Tapi serius sikit, tak buat lawak. Aku kena perah otak memandangkan tak pernah pergi luar negara. Paling jauh pernah pergi Kulim - Segamat je.
Mintak tolong untuk sesiapa yang minat baca cerpen, minta tolong sangat-sangat untuk beri kritikan berasas dekat laman web tersebut. Kalau ada yang tak kena, bagitahu je, aku terima 100%. Cuma jangan kutuk aku dengan mencarut dahlah. Nanti aku menangis kat sudut bilik air.